BMM 3105

Friday 14 September 2012


Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Nama Guru: Azman Bin Adumi
Tarikh : 23 Ogos 2012
Masa : 60 Minit
Tahun : 5 Bestari
Tema : Semangat Patriotisme
Tajuk : Malaysia Yang Tercinta
Bil. Murid : 35

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
      I.        Mengemukakan pendapat  yang bernas dan sesuai dengan tajuk yang dipelajari.
     II.        Membuat catatan isi-isi penting yang terdapat dalam sajak yang dibaca.
    III.        Melahirkan perasaan dengan menggunakan bahasa yang puitis.

Hasil Pembelajaran Utama :
3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam  aktiviti yang terancang.
Aras 1(i) – Mengemukakan hujah yang bernas tentang sesuatu topik dengan intonasi dan sebutan yang betul.
Hasil Pembelajaran Khusus :
7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuh minat membaca.
Aras 3 (i). Menceritakan isi kandungan bahan yang dibaca dengan jelas dan terperinci.
11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.
Aras 2 (i). Menyatakan pendapat tentang  sesebuah karya secara kritis dan kreatif
Kemahiran Bahasa :
1.     Kemahiran mendengar
i.      Murid akan mendengar soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara teliti.
2.     Kemahiran bertutur
i.      Murid diberi peluang untuk menyanyi dan mendeklamasikan sajak.
3.     Kemahiran membaca
i.      Murid akan membaca setiap bait puisi dan soalan-soalan yang diberikan oleh cikgu.
4.     Kemahiran menulis
i.      Murid akan menulis di setiap ruangan yang disediakan di dalam lembaran soalan yang disediakan oleh guru.
Sistem Bahasa :
1.     Tatabahasa
a.     Sinonim
b.     Jenis-jenis ayat; Ayat Tunggal, Ayat Majmuk
2.     Sebutan dan Intonasi
a.     Sajak
3.     Kosa kata
a.     Ungkapan
Kemahiran Bernilai Tambah :
      I.        Kemahiran Berfikir : Menjana idea, menghubungkait dan membuat kesimpulan.
     II.        Belajar Cara Belajar : Mendengar aktif dan menghurai.
    III.        Pembelajaran Kontekstual : Perkaitan antara isi pelajaran iaitu mengenai Negara Malaysia dengan pengalaman harian murid.
    IV.        Kecerdasan Pelbagai: Muzik, interpersonal, intrapersonal dan verbal-linguistik.
Konsep 5P
1.     Pengabungjalinan
a.     Kemahiran bertutur dan menulis
2.     Penyerapan:
a.     Sikap menghargai negara kita
3.     Penilaian
a.     Soal jawab secara spontan
4.     Pengayaan
a.     Perbincangan
5.     Pemulihan
a.     Imbas kembali

Bahan Bantu Mengajar
      I.        Komputer riba
     II.        Projektor LCD
    III.        Radio
    IV.        CD
     V.        Bendera (Jalur Gemilang)
Pengetahuan Sedia ada murid
Murid tahu serba sedikit mengenai negara Malaysia dan lagu-lagu patriotik.
Nilai-nilai murni
a)     Patriotik
b)     Bersyukur
c)     Kerjasama
d)     Kebebasan
e)     Hormat-menghormati
Langkah & Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 Minit)
Lagu Jalur Gemilang
Soalan lisan;
·          Bilakah kita mesti mengibarkan jalur gemilang?
·          Mengapakah kita mesti mengibarkan Jalur Gemilang?

1.    Guru meminta murid menyanyikan lagu Jalur Gemilang”(Klik di sini)  sambil mengibarkan Jalur Gemilang.
2.    Murid menyanyi beramai-ramai sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Nilai :
- Bekerjasama,
-Rasional.

Kemahiran Bernilai Tambah :
1. Belajar Cara Belajar
- Mendengar  secara aktif.

BBB:
- Radio
-Jalur Gemilang
Langkah 1
(5 Minit)
Setia Kepada Negara
·          Tempat Menarik  di Malaysia dan tokoh Perdana-Perdana Menteri Malaysia


Soalan:
Mengapakah kita mesti setia  kepada Negara?

1.     Murid menonton dan memerhatikan gambar  yang dipaparkan pada skrin
2.     Guru bersoal jawab dengan murid  secara individu tentang gambar yang dipaparkan.



Nilai :
- Rasional

Kemahiran Bernilai Tambah :
1.     BCB
-       Mendengar secara aktif.
2.     Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
-       Penggunaan ICT
3.     Kemahiran Berfikir
-Soalan

BBB :  
Komputer riba, projektor slaid.
Langkah 2
(10 Minit)
Setia kepada negara
·          Tayangan LCD
Sajak; Tanah Pusaka Tercinta

- menyatakan isi yang tersurat dan tersirat dalam sajak yang dibaca
-menyatakan maksud perkataan

Aktiviti 1
1.Guru meminta murid untuk membaca dan memahami puisi (sajak )
Aktiviti 2
1.     Murid dipecahkan kepada tiga kumpulan. Murid berbincang tentang isi dan maksud sajak yang diberi

2.     Murid mencatat isi-isi penting dan maksud sajak dalam kertas majung

·          Setiap kumpulan diminta untuk menyampaikan  isi-isi penting yang terkandung dalam  sajak secara lisan
KB: menjana idea,

BCB: menghurai,
Teknik perbincangan

KP: intrapersonal

BBB: kertas majung, komputer riba, projektor LCD

Nilai: bekerjsama
Langkah 3
(10 minit)

Sajak; Tanah Pusaka Tercinta
·          Menyampaikan sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul

Kumpulan 1 – Murid membaca dan melafazkan puisi secara lisan

Kumpulan 2 – Murid diminta untuk mendeklamasikan sajak mengikut sebutan dan intonasi yang sesuai

Kumpulan 3 – Murid menyanyikan sajak tanpa muzik

·          Guru meminta murid menilai sebutan dan intonasi rakan mereka.
·          Guru memberikan ulasan mengenai aspek sebutan dan penyampaian sajak

Ilmu: PSK

KB: menjana idea

BCB: bacaan intensif,
Teknik mestamu

KP: interpersonal

Nilai: kesyukuran

BBB:
-komputer riba
-Projektor LCD
Langkah 4
(15 minit)
Penilaian pengalaman pembelajaran /refleksi kendiri
 (Aktiviti Penulisan)
Kumpulan 1 – Murid diminta berbincang dan membina 5 ayat tunggal berdasarkan gambar  (klik di sini) yang diberi

Kumpulan 2 – Murid berbincang dan dikehendaki menulis 5 ayat majmuk berpandukan gambar yang ditunjukkan

Kumpulan 3 – Guru meminta murid membina 5 ayat yang lengkap berdasarkan perkataan yang disediakan.
Ilmu: PSK

KB: menjana idea

BCB: bacaan intensif,
Teknik mestamu

KP: interpersonal

Nilai: kesyukuran

BBB:
-komputer riba
-Projektor LCD

KB: menjana idea, membuat kesimpulan

BCB: kemahiran menulis
Teknik perbincangan

KP: Intrapersonal
Nilai: Kebebasan
Penutup
 (5 minit)
Rumusan Pelajaran
·          Kognitif –pentingnya taat kepada negara bagi menjamin perpaduan

Guru dan murid bersama-sama menyanyikan lagu  Tanggal 31(Klik di sini) dengan iringan muzik menerusi tayangan skrin(LCD).

Ilmu:
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
KP: Muzik
BBB:
Video klip “1 Malaysia”